ZigaForm version 7.6.9

U Mobile meterai perjanjian akses borong 5G, 4G pertama bersama Eastel

SHAH ALAM – Penyedia rangkaian 5G terbaharu di Malaysia, U Mobile menandatangani perjanjian akses borong bersama Eastel, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) baharu daripada Anchor Communications yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Kontrak selama lima tahun itu merupakan perjanjian akses borong 5G dan 4G pertama U Mobile yang akan menyaksikan syarikat telekomunikasi tersebut menyediakan infrastruktur 5G generasi baharu selain rangkaian 4G bagi perkhidmatan data, suara serta SMS.

Selain itu, U Mobile turut menawarkan sokongan kepada Eastel bagi perkhidmatan panggilan antarabangsa (IDD), perayauan (roaming) dan pemindahan nombor mudah alih.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Kenneth Chang, sebagai penyedia 5G terbaharu di Malaysia, pihaknya bangga dapat mencapai satu lagi pencapaian penting dengan mengumumkan perjanjian akses borong 5G dan 4G pertama bersama Eastel.

Baca Penuh

 

Dapatkan Eastel Sekarang

Daftar Sekarang

Klik Disini

Anda juga boleh Call / WhatsApps ke 01175948595. Kami Sedia membantu anda sehingga berjaya.

Pelan ULTRA5G Baharu Perkasa Pengalaman Ketersambungan Pengguna

Perkembangan pesat teknologi membawa perubahan drastik kepada gaya hidup masyarakat dan operasi perniagaan yang kini mengutamakan ketersambungan, kelajuan dan kuota data dalam kehidupan harian.

ULTRA5G adalah rangkaian 5G generasi seterusnya daripada U Mobile yang dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2025. Ia diiktiraf oleh Ookla sebagai rangkaian 5G terpantas di Malaysia.
Kelebihan Utama U Mobile ULTRA5G.
  • Prestasi Luar Biasa: Kelajuan lebih tinggi dan kependaman (latency) lebih rendah berbanding 5G biasa.
  • Liputan Lebih Luas: Mencapai lebih 82.9% kawasan berpenduduk, termasuk liputan dalam bangunan yang lebih kuat di pusat membeli-belah dan hab pengangkutan.
  • ULTRA5G Priority Pass: Ciri unik “laluan keutamaan” yang membolehkan anda kekal mendapat sambungan pantas walaupun di kawasan sesak (seperti konsert atau stadium).
  • Keselamatan AI: Perlindungan peringkat rangkaian untuk mengesan ancaman siber dan penipuan (scams) secara automatik.

 

Dapatkan Akaun Eastel Anda

Daftar Sekarang

Klik Disini

Anda juga boleh Call / WhatsApps ke 01175948595. Kami Sedia membantu anda sehingga berjaya.

U Mobile sedia infrastruktur 5G, rangkaian 4G untuk Eastel

KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd menandatangani perjanjian akses borong 5G dan 4G yang pertama dengan Eastel, pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) baharu daripada Anchor Communications Sdn Bhd.

Menurut kedua-dua pihak itu dalam kenyataan bersama hari ini, perjanjian selama lima tahun itu merupakan perjanjian akses borong 5G dan 4G U Mobile yang pertama.

“Ini akan menyaksikan U Mobile menyediakan infrastruktur 5G generasi baharu dan rangkaian 4G untuk perkhidmatan data, suara dan SMS serta sokongan untuk panggilan terus antarabangsa (IDD), perayauan dan perkhidmatan pertukaran nombor mudah alih (MNP),” menurut mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Kenneth Chang, berkata kerjasama tersebut merupakan permulaan kepada lebih banyak perjanjian borong 5G, terutamanya apabila perluasan rangkaian 5G syarikat dijangka mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua tahun depan.

“Dengan rangkaian 4G dan 5G generasi baharu yang memenangi anugerah, kami berhasrat untuk membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri telekomunikasi untuk memanfaatkan infrastruktur kami yang maju dan bersedia untuk masa depan serta kepakaran operasi.

“Langkah ini juga menggariskan komitmen kami untuk menyokong ekonomi digital negara melalui kepelbagaian pasaran dan persaingan yang lebih sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Eastel, Aaron Lee, berkata syarikat menyasarkan untuk menyokong lebih banyak aplikasi khusus dan berteraskan data yang boleh disesuaikan untuk komuniti dengan memanfaatkan rangkaian 5G dan 4G U Mobile Sdn Bhd yang amat pantas.

“Bersama U Mobile, kami berharap dapat membina Malaysia yang lebih kukuh dan lebih berhubung,” katanya.

Eastel, yang dilesenkan di bawah kategori Pembekal Perkhidmatan Aplikasi (ASP) dan Pembekal Perkhidmatan Rangkaian (NSP) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dijadualkan dilancarkan secara komersial pada suku pertama 2026.

Interested? Feel free to contact me to find out more: 01175948595

 

Dapatkan Akaun Eastel\

Daftar Sekarang

Klik Disini

Anda juga boleh Call / WhatsApps ke 01175948595. Kami Sedia membantu anda sehingga berjaya.